Budak Comey. Selamat datang ke blog Sye Bella. ^^

Aug 26, 2011

Kecantikan Lelaki




Lelaki itu cantik
Bukan hanya pada luaran fizikalnya
Tetapi pada hati nurani

Cantik dalam ketegasan tetapi masih ada kelembutan
Tabah hadapi rintangan dalam ketenangan
Itulah cantiknya seseorang lelaki

Lelaki yang cantik
Adalah lelaki yang tidak hipokrit
Yang sanggup mengalirkan air mata untuk ingatan

Lelaki yang cantik itu
Masih tersenyum walaupun masalah setinggi gunung
Tetap menerima teguran dengan hati yang terbuka

Seorang lelaki cantik
Berdiri atas kemuliaan hati
Seperti Muhammad yang ummi
Seperti Yusuf yang suci itu adalah kecantikan yang
sempurna seorang lelaki.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Komen Anda Disini
SATU Pun Jadilah