Budak Comey. Selamat datang ke blog Sye Bella. ^^

Aug 22, 2011

Gosip

Menahan pedih hati dan telinga
Sakitnya mendengar
Bicara panas yang keluar daripada bibir
Hanya suara hati yang sakit

Keji,dengki atau tidak puas hati?
Adakah itu yang bermain dihatimu
Sehingga kau jatuhkan tohmahan berat untuk diriku
Kata-katamu sungguh pedih di halwa telingaku

Aku pasrah dengan yang terjadi
Hanya aku dan Sang Pencipta memahami gelora hatiku
Mainan perasaan aku yang sentiasa disakiti oleh kata-kata
Sampai aku pun tidak mengerti mengapa terjadi

Bagiku ianya adalah lumrah hidup
Bagiku ianya adalah bayang-bayang hidupku
Aku akan terus bangun
Mengikut gerak-geriku
Kerana apa sekali pun aku cuba lakukan
Mulut manusia tetap sama dan tidak berhenti bergosip.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Komen Anda Disini
SATU Pun Jadilah